Tuesday, March 1, 2011

satu dalam sejuta

Saudara saya ada membuat satu majlis kesyukuran selepas anak perempuannya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru-bari ini. Dua hari sebelum kenduri, emak saudara saya menelefon  menyuruh saya datang awal ke rumahnya untuk membuat persiapan. Saya dengan rela hatinya dan tiada sedikit pun rasa ingin menolak ajakan itu walaupun terpaksa membatalkan rancangan untuk bermain futsal. Semasa berbual dengan ibu saudara saya, dia ada menceritakan tentang jirannya. Saya jangkakan dia ingin menceritakan seuatu yang buruk tapi ternyata andaian saya salah. dia bercerita tentang betapa pemurah dan prihatinnya jirannya yang baru berpindah dari Johor. Jirannya yang bernama Yahya yang berkerja sebagai guru dan begitu juga isterinya. Ketika jirannya pulang dari sekolah, ada seorang makcik yang menjual ubi kayu di tepi jalan tetapi hasil jualannya tidak banyak. dia sanggup membeli semua ubi yang dijual tetapi yang peliknya dia sendiri tidak suka makan ubi kayu. setibanya di rumah, dia membahagikan semua ubi yang dibelinya kepada jiran-jirannya. Dalam hati saya berkata, "Ya Allah, sungguh baik dan pemurahnya insan ini dan masih ada rupanya insan sebegini". Di dalam masyarakat sekarang, agak sukar senenarnya untuk mencari golongan seperti ini yang prihatin terhadap golongan yang lemah dan berbuat baik dengan jiran. semoga lebih ramai masyarakat kita menjadi insan yang prihatin, tanggungjawab, berbudi bahasa dan menerapkan nilai-nilai budaya ketimuran.

No comments:

Post a Comment