Thursday, March 17, 2011

Ubat GiGi dan BaHASa MeLAYU

Rakyat bukan Melayu negara ini termasuk juga pelbagai syarikat dalam negara berterusan saja memperlekehkan bahasa Melayu. Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat gigi yang terkenal dalam negara ini, iaitu Colgate. Syarikat ini sejak beberapa hari kebelakangan ini gah dengan produk terbarunya untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif.

Pada kotaknya tertera 'rujuk risalah dalam pek untuk maklumat terperinci'. Walau pun kenyataan ini kecil daripada keterangan dalam bahasa Inggeris ia masih boleh dapat diterima. Tetapi daripada penggunaan bahasa Melayu ini berbanding dengan penggunaan bahasa Inggeris sudah cukup jelas menunjukkan sikap syarikat ini terhadap bahasa Melayu.


Tetapi apabila membuka pek ubat gigi itu dan melihat risalah yang disediakan di dalamnya mengukuhkan lagi kesangsian terhadap pandangan syarikat ini terhadap bahasa Melayu. Risalah yang disediakannya itu hanyalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Satu patah perkataan Melayu pun tidak ada dalam risalah itu dan menunjukkan betapa ia cuba mengabui orang Melayu.

Apakah yang boleh kita simpulkan daripada tindak tanduk syarikat ini? Apakah ia tidak menunjukkan bagaimana ia tidak sedikit pun menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Bukankah ia adalah bahasa negara ini yang sepatutnya sudah digunakan oleh seluruh rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment