Monday, March 14, 2011

sEnYum....

 .....SENYUM.....


Senyum memang nampak mudah tapi sukar dilakukan oleh masyarakat kini seolah-olah terdapat emas di dalam mulut. Saya sebenarnya agak kecewa kerana terdapat sesetengah masyarakat kini tidak tahu yang sebenarnya senyum itu juga salah satu cara kita berbudi bahasa. Senyum itu juga merupakan satu sedekah yang paling mudah dan mampu menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama masyarakat. Saya agak tertarik dengan video ini .....sama-sama kita saksikan...:-)



SENYUM.....tak perlu kata apa-apa. Alangkah indahnya jika masyarakat kini mengamalkan amalan senyum seperti di dalam video ini. Sekiranya seseorang berbuat kebaikan kepada kita, cukuplah sekadar senyuman yang dilemparkan dan itu sudah memadai sebagai ucapan terima kasih dan tanda dihargai. Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan ketinggian budi bahasa dan adab yang sopan kini nampaknya semakin pudar. Bersama-samalah kita memartabatkan budaya kesopanan kita agar tidak hilang ditelan waktu.


 " jika anda boleh senyum pada kehidupan, kehidupan akan senyum pada anda "


No comments:

Post a Comment