Thursday, January 27, 2011

JaNgAn JAgA TePi KaIn OrAnG

Dalam masyarakat Melayu, ada satu pepatah terkenal yang menggambarkan sikap peduli masyarakat terhadap hal ehwal orang lain. Ia sering digunakan oleh orang Melayu dan mungkin juga orang bukan Melayu dalam perbualan harian berbanding dengan pepatah lain. Pepatah yang dimaksudkan ialah 'jangan jaga tepi kain orang' yang membawa maksud, jangan ambil peduli hal orang lain.

Sekiranya pepatah 'jangan jaga tepi kain orang' ini membawa maksud buangkan sifat ingin tahu yang berlebih-lebihan mengenai sifat buruk dan keaiban seseorang, maka memang layak pepatah ini diamalkan.Ini adalah kerana sifat suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain seringkali akan disusuli pula dengan tabiat suka menyebarkan keburukan itu kepada orang lain. 

Namun apa yang ingin dilihat di sebalik pepatah yang kelihatannya tidak begitu molek diamalkan ini ialah pepatah ini masih tetap relevan dengan tuntutan kehidupan harian kita masa kini sehingga mungkin  terpaksa diubah dari 'jangan jaga tepi kain orang' kepada 'tolong jaga tepi kain orang'. Apa yang ingin dimaksudkan di sini ialah kita harus mengakui bahawa persekitaran hidup kita sekarang tidak lagi aman dan selamat seperti suatu masa dahulu.

Di mana salah satu puncanya adalah runtuhnya institusi kejiranan dan lemahnya institusi kekeluargaan. Jiran sudah tidak lagi mengenali jirannya dan saudara-mara pun jarang sekali ingin bersemuka dan bertanya khabar.
Rasa bertanggungjawab terhadap jiran tetangga dan saudara-mara sudah semakin terhakis dalam budaya hidup masa kini. Dan antara penyebab yang membawa kepada tidak lagi berasa bertanggungjawab kepada permasalahan masyarakat dan kejiranan itu ialah menggunakan alasan 'jangan jaga tepi kain orang' sebagai jalan mudah untuk menidakkan rasa tanggungjawab.

Mesej jelas daripada senario kehidupan masyarakat kita ini menggambarkan bahawa mahu tidak mahu rasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran hidup kini mesti diwujudkan semula dan pepatah 'jangan jaga tepi kain orang' perlu diubah kepada 'tolong jaga tepi kain orang' sekiranya kita inginkan suasana yang lebih aman dan selamat.

Malangnya, kita seringkali tidak mahu dilabelkan sebagai penyibuk. Tetapi tahukah kita dengan menjadi 'tukang sibuk' dan suka jaga tepi kain orang inilah, mungkin suatu hari ia dapat menyelamatkan nyawa insan kecil yang mungkin anak jiran kita atau mungkin juga anak kita sendiri. Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati sahaja atau mungkin ada peranan yang boleh kita mainkan.

Namun, ini hanyalah andaian kita terhadap orang lain, kerana hakikatnya realiti kehidupan masyarakat kita sendiri sudah sedar betapa 'menjaga tepi kain orang' yang kena pada tempatnya adalah satu tanggungjawab yang perlu disuburkan semula agar menjadi budaya sihat yang membawa kepada kesejahteraan kita semua.

Wednesday, January 26, 2011

IntERlok

Pada hari ini, saya telah mendengar diskusi tentang novel Interlok yang berlangsung di perpustakaan . Ahli Panel terdiri daripada beberapa pensyarah. Dua orang ahli panel merupakan pensyarah saya, iaitu Prof Mana Sikan dan Dr Halim Ali. Interlok merupakan novel yang kontroversi. Hal ini terjadi kerana beberapa istilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati satu kaum di Malaysia. Interlok mengisahkan tiga keluarga yang terdiri daripada kaum-kaum yang berbebeza. Keluarga Seman mengisahkan kaum Melayu dan digambarkan sebagai bangsa yang lemah dan mudah ditindas. Keluarga Chin Huat pula menggambarkan kaum Cina yang kuat berniaga dan tamak dalam perniagaan. Keluarga Maniam mengisahkan kaum India yang tinggal di estet-estet dan bekerja secara berkelompok. Terdapat beberapa dialog yang membuatkan saya terfikir.

Peserta : Saya mencadangkan agar novel ini dimurnikan. Istilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati itu digantikan dengan istilah lain.

Prof Mana Sikana : Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sastera, karya seseorang diubahsuai setelah diterbitkan. Jika perkara ini berlaku, kita seolah-olah telah mencabul karyawan tersebut. Perkara ini juga akan melanggar prinsip sastera.

Bagi saya, jalan penyelesaian yang paling mudah ialah menggantikan istilah yang tidak sesuai itu kepada istilah yang lebih menyenangkan. Hal ini juga untuk menjaga sensitiviti sesuatu kaum dan sesuai sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum. Walaupun jumlah kaum Melayu lebih ramai daripada kaum Cina dan India, kita tidak boleh merendahkan martabat mereka sebaliknya kita perlu mengeratkan lagi perpaduan kaum agar Malaysia menjadi negara yang lebih aman dan makmur. Perkara ini begitu rumit dan boleh diibaratkan “di telan mati mak, diluah mati bapa”.

Monday, January 24, 2011

SITUASI 1 : Bahasa Cerminan Bangsa..

HARI : ISNIN
TARIKH : 17 JANUARI 2011
LOKASI : RESTORAN NASI KANDAR CAHAYA


SITUASI : >

 Jam menunjukkan tepat pukul 2.34 pagi. aku bersama tiga rakan menuju ke kadai 'mamak' untuk mengisi perut yang berkeroncong seperti lagu 'seroja'yang didendangkan Jamal Abdillah. setibanya di restoran, kami terus memanggil salah seorang pekerja. salah seorang kawan saya memanggil dengan panggilan yang saya rasa agak kasar. " wei macha , tak mau ambik order lagi ke? dan " dahlah memori low, ambiklah kertas tulis". saya rasa lebih kurang macam begitulah kata-kata yang dikeluarkan salah seorang kawan saya. kita sendiri tahu, mamak kedai makan memang tak akan melawan apa yang kita cakap sebaliknya akan mengangguk sahaja seperti dia tahu semua yang kita cakap. sebab itulah ramai yang sering berkunjung ke kedai mamak kerana layanannya perfect.




ULASAN : >

Disini jelas menunujukkan sikap dan budi bahasa sangat dipandang enteng. Walaupun bukan daripada kaum yang sama tetapi kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup sebagai masyarakat majmuk tidak kira berbangsa Melayu, Cina, India ataupun apa sahaja bangsa kita seharusnya menjaga adap kesopanan dan tutur bahasa kita. Hal ini demikian kerana jika kita hidup dalam penuh adat kesopanan masyarakat kita akan dipandang tinggi dan sesuai dengan adat ketimuran yang kita warisi. Tidak kira dengan sesiapapun kita berkomunikasi, kita perlu bertutur dengan baik dan lemah lembut kerana bahasa cerminan bangsa dan jangan disebabkan mulut nanti badan binasa.

Monday, January 10, 2011

DiArI jIwAngKu


                                        bismillahirahmanirahim.............

                                                  A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca coretan yang mungkin tidak sekreatif tulisan anda semua. maklumlah, ini merupakan percubaan pertama saya menulis blog. Nama diberi mohd imran bin mohd bidin dan lahir pada 6 november 1988. saya merupakan anak sulung daripada  5 orang adik beradik. saya sebenarnya tak berapa minat untuk menulis sebab saya jenis yang suka memendam.hehehe. tapi disebabkan ini merupakan tugasan bagi subjek sosiolingguistik, maka dengan rasa riang dan gembiranya saya menguatkan semangat untuk menulis blog ini. tapi, ada bagusnya juga sebab untuk menjadi seorang pendidik ni kita perlu ada pelbagai kemahiran, bukan sekadar mengajar dan memeriksa kertas sahaja. biarlah kita ni menjadi guru yang serba boleh, insyaAllah. Daripada ruangan ni kita boleh bersama-sama berkongsi maklumat dan mempelajari sedikit sebanyak tentang masalah bahasa dalam masyarakat. masalah ini sebenarnya telah lama timbul dan sehingga kini masalah ini bertambah ketara dan ramai pihak hanya mengambil ringan dan memandang sebelah mata. jika ada kesilapan,anda dialu-alukan untuk memberi respon sama ada yang berbentuk positif ataupun negatif.sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yangterlalu banyak kekurangan...terima kasih.