Tuesday, March 15, 2011

TaYaR pANciT

TaYAr PAncIt DAn sAhaBAT...

Sewaktu pulang daripada pertandingan futsal terbuka Metro di Subang, tayar motosikal saya tiba-tiba pancit di lebuh raya Shah Alam. Mujurlah saya tidak jatuh dan mampu mengawal motosikal saya. Di dalam hati saya berkata " apalah malang sangat hari nie, semalam langgar kereta orang, hari ni bocor pulak ". Jam menunjukkan pukul 2 petang dan cuaca terlalu panas. Saya bersama rakan-rakan mencari tempat untuk berteduh. Tetapi apa yang menyentuh perasaan saya ialah, rakan-rakan sanggup mencari nombor telefon mekanik di tengah-tengan jalan raya di bawah terik mentari. Bukan itu sahaja, mereka sanggup bermandi peluh membaiki motor saya. Saya tak sangka nilai persahabatan terlalu tinggi jika mahu dibandingkan dengan wang ringgit. Walaupun semuanya keletihan, mereka sanggup menunggu hingga selesai dan pulang bersama-sama. Inilah yang dikatakan susah senang bersama bukan masa senang sahaja ada tapi bila susah semua tak namapak batang hidung. Jelas di sini hidup bermasyarakat sangat penting untuk menjalin hubungan yang lebih erat dan dapat memupuk nilai-nila murni :-)


 
                                     BERCINTA BIAR SATU                     BERKAWAN BIAR SERIBU

No comments:

Post a Comment