Wednesday, March 16, 2011

BaHASa KesaT dan BloG...

                                                        


Saya bersikap agak terbuka dan membaca pebagai jenis blog. Saya suka membaca pandangan, pengalaman, coretan, nurkilan dan pelbagai kisah.

Cuma saya agak "kurang senang" dengan blog-blog yang agak ekstrim dengan penggunaan bahasa-bahasa lucah, caci-maki, penghinaan dan seumpamanya. Lebih mendukacitakan si penulis beragama Islam dan 
penyokong kuat parti politik yang memperjuangkan Islam.

Gaya penulisan mereka seolah-olah menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya memaki hamun, mencarut, menghina dan mengeji. Tidak pernahkah mereka fikirkan hal ini?

Kenapalah kita melupakan akhlak, sedangkan akhlak itu adalah faktor utama Rasulullah diturunkan, iaitu menyempurnakan akhlak manusia.Tanyalah pada diri kita, adakah kita masih ingat akan pesanan Sang Maha Kuasa ini:
 “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”(Surah An-Nahl:125) 

Berbantah dengan cara baik, bukan berbantah dengan cara mereka. Jangan terikut-ikut dengan budaya mereka yang ingin kita perangi, tetapi gunakanlah jalan Sunnah. Kalau kita sering mengaku kita ini adalah pembela sunnah, maka ambillah keseluruhan jalan hidup kita dengan Sunnah. Bukan sekadar ambil mana yang mahu, dan meninggalkan mana yang tidak disukai.

Dengan menggunakan bahasa kesat begini, masyarakat kita akan dipandang rendah serta rasa dihormati itu akan hilang terhadap diri kita. Jika betul hendak menegur, gunalah perkataan yang elok-elok dan mestilah ada teknik dan kaedah yang betul supaya tidak berlaku perpecahan dan perbalahan. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment