Tuesday, March 15, 2011

HASAD DENGKI

.....hAsaD dEngki....

Di dalam hati setiap manusia ada tertanam perasaan ini, walau tidak kuat tetapi ia tetap ada. Hanya orang-orang yang terpilih oleh Tuhan sahaja iaitu Nabi dan para Rasul kita terpelihara daripada perasaan hasad dengki ini.

Entah kenapa perasaan hasad dengki ini sungguh menebal di dalam masyarakat Melayu. Memanglah tidak semua orang Melayu begitu tetapi ia adalah kuat. Anda sendiri mesti pernah mengalami pekara-pekara yang menjurus kepada hasad dengki ini.

Kebanyakkan masalah ini timbul kerana iri hati kepada kejayaan dan usaha orang lain. Orang lain susah payah berusaha untuk mencapai sesuatu tetapi orang di sekeliling hanya pandai mengutuk, memperlekehkan dan mengumpat orang lain di atas kejayaan orang itu. Kita ambil contoh seperti di dalam bidang perniagaan, Jika seseorang itu berjaya dalam perniagaan ada sahaja yang tidak baik di lemparkan dan ada juga yang memarahi orang yang berjaya tersebut. Padahal orang yang berjaya tersebut tidak berhutang atau melakukan kesalahan apa-apa kepada si pedengki.

Saya kagum dengan masyarakat Cina di dalam perniagaan. Mereka mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka dan membantu antara satu sama lain. Pernah atau tidak anda ingin membeli sesuatu di kedai Cina tetapi barang tersebut telah tiada? Agaknya apa yang akan di lakukan oleh penjual Cina tersebut? Penjual Cina itu akan memberitahu kedai sebelah ada, atau dia sendiri akan pergi ke kedai sebelah mengambil barang. Betul tak?

Cuba jika di kedai Melayu yang kita pergi dan di sebelah juga adalah kedai Melayu. Jangan harap dia akan cakap kedai sebelah ada. Itulah ragam peniaga Melayu dan semua ini disebabkan perasaan dengki.

Baik dari apa jua pekara dengki ini tetap ada dalam hati orang Melayu dan tidak tahu bila akan berakhir. Kebanyakan adalah kerana dengki kepada bangsa sendiri. Cuba bawa perasaan dengki ke arah positif iaitu dengki tetapi ditukar sebagai semangat untuk lebih berjaya dan berusaha lebih kuat dari tidak buat apa-apa dengan hanya pandai berbual kosong menghabiskan masa di warung tidak kira siang atau malam.

Marilah kita membentuk hasad dengki itu kepada semangat yang positif supaya menjadi semangat untuk berusaha lebih Berjaya dan mari kita sedarkan masyarakat kita agar menghargai bangsa sendiri.





No comments:

Post a Comment