Tuesday, March 8, 2011

TeRiMa KasIH

Assalamulaikum.....

Semasa pulang daripada kelas Semantik dan pragmatik di bilik E-Learning, saya ternampak satu objek yang kelihatan seperti telefen bimbit di atas meja di hadapan pintu keluar. Saya terus menuju ke meja untuk mengambil telefon tersebut dan sedikit kecewa kerana pemilik telefon itu lelaki...hehehe.Jelas terpampang gambar di telefonnya. Semasa berjalan menuju ke lif tiba-tiba saya ternampak pemilik telefon tersebut dan saya terus memberi salam dan memberitahu bahawa telefonnya tertinggal. Tergamam juga saya dibuatnya apabila dia mengambil ( seperti merampas ) dan terus memalingkan muka tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Terasa juga hati ni membara dengan sikapnya yang agak kurang ajar. Sebelum saya beredar saya mengucapkan terima kasih dan selepas itu barulah dia mengucapkan terima kasih. Tujuan saya buat begitu supaya dia sedar dan saya hanya sekadar menyindir kerana itu lebih elok daripada meninggikan suara.  Saya sedikit kecewa kerana kita merupakan bakal guru dan sikap berbudi bahasa harus disemat supaya kita dipandang tinggi dan dihormati masyarakat.


No comments:

Post a Comment