Thursday, March 17, 2011

IraMa rOjAK...

Ketika asyik mendengar radio Sinar, tiba-tiba saya terdengar satu lagu yang agak unik dan pelik. Tajuk lagu tersebut ialah Kantoi. Tetapi setelah diamati, saya sedikit kecewa kerana liriknya yang menggunakan bahsa rojak iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walaupun itu hanyalah sebuah lagu tetapi memberi kesan kepada pendengar. Tambahan pula, masyarakat kita seolah-olah berbangga dengan karya campuran yang dianggap santai atau "sempoi". Tanpa kita sedari, kita telah menafikan keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang unik dan tidak ternilai harganya. Sebagai contoh, elok kiranya kita meluangkan sedikit masa untuk melihat senikata lagu yang dinyanyikan oleh seorang artis tempatan seperti di bawah:

Semalam I call youyou tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when i call Tommy he said it wasnt true..
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai you, you tak ada
Lagilah I jadi gila
So i call dan call sampai you answer..
You kata sorry sayang tadi tak dengar..
My phone was on silent I was at the gym..
tapi latar belakang suara perempuan lain..
Sudahlah saying
I dont believe you
And i know ur words were never true..
Why am I with you I pun tak tau..
No wonder la my friends pun tak suke you..
So i guess thats the end of our story..
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last last kita dapat tahu
she was cheating too..
With her ex-boyfriend's bestfriend..
Tommy..
Kantoi..

Kesimpulannya, lagu merupakan medium yang berpotensi besar untuk menyebarkan bahasa. Hal ini demikian kerana, sesebuah lagu mempunyai kuasa tersendiri untuk menarik perhatian pendengar yang tidak hanya terhad kepada satu kaum atau etnik sahaja. Sehubungan dengan itu, aspek penulisan dan penerbitan lirik sesebuah lagu memerlukan penelitian yang jitu khususnya daripada aspek penggunaan bahasa. Sekiranya masyarakat di luar seperti Maher Zain dan  Freddie Aguilar berlumba-lumba untuk menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, apa rasionalnya penyanyi kita yakni penutur jati sebaliknya lebih cenderung untuk memasukkan elemen asing dalam lagunya? Akhir kata, jika bahasa asing yang kita agungkan sekalipun, jangan sesekali kita mengabaikan bahasa ibunda yang sedari dulu mendampingi kita.

No comments:

Post a Comment