Monday, March 14, 2011

LaPAR AIr...

LApaR Air.....:-)

                              "weh ! jom lepak kat kedai mamak..lapar air aku ni..."

Kata-kata yang mencuit hati saya ialah penggunaan lapar air. Rata-rata orang Kelantan memang menggunakan istilah 'lapar' untuk makan ataupun minum. Mungkin ini hanya masalah dialek yang menyebabkan menjadi kelaziman tetapi hal ini akan sedikit sebanyak mengganggu komunikasi dengan bahasa standard. Lapar hanyalah digunakan untuk makanan, manakala dahaga adalah untuk minuman. Konsep yang digunakan tidak betul walaupun sekadar dialek yang menyebabkan berlakunya pertentangan antara bahasa baku dan bahasa baka. Tidak salah sebenarnya jika menggunakannya di dalam lingkungan orang Kelantan sahaja tetapi jika di dalam situasi yang ramai dan bercampur dengan orang dari negeri lain seelok-eloknya menggunakan bahasa standard.


  

    WALAU NEGERI MANA ASALNYA KITA, KITA TETAP RAKYAT MALAYSIA...!!!


No comments:

Post a Comment