Friday, March 11, 2011

SinDIr MeNYindIR..

situasi >
Baru-baru ini saya ada menonton rancangan oyeah!! di laman carian You tube. Rancangan ini memaparkan situasi di rumah sewa yang melibatkan tiga orang penyewa lelaki bujang yang bernama Nabil,Johan dan Zizan. terdapat dua situasi iaitu dengan menggunakan perkataan-perkataan kasar dan situasi kedua dengan menggunakan ayat sindiran. Mereka sering bertengkar walaupun hanya melibatkan perkara kecil. contoh ayat yang digunakan :

                                                           situasi 1 : ayat kasar
                                                           situasi 2 : ayat sindiran

             situasi 1 : "ko ni memang kurang ajarkan? slamber jea ko kuar ngan awek aku"
             situasi 2 : "kau ni bagus betul ? kau keluar ngan awek 'kita'kan?"

             situasi 1 : "ko tak tengok ke aku tengah tengok tv nie? memekak jea"
             situasi 2 : "perlahannya kau cakap...kuatlah cikit...aku nak tengok tv nie"




Di sini jelas menunjukkan sangat pentingnya menggunakan sindiran dalam menyelesaikan masalah dan dapat mengelakkan daripada tercetusnya pergaduhan. Situasi pertama mungkin akan menyebabkan pergaduhan yang tidak diingini. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan  sindir menyindir supaya yang bersalah menyedari kesalahannya. Satu elemen budaya ini sangat berguna dan mampu menjadikan keadaan yang keroh menjadi jernih ,yang panas menjadi sejuk, dan yang buruk menjadi baik. Sama-samalah kita mempraktikkan budaya ini supaya kita menjadi masyarakat yang berbudi bahasa.

No comments:

Post a Comment