Thursday, March 17, 2011

mAhEr ZaiN...



Pernahkah saudara dan saudari pembaca sekalian mendengar lagu-lagu yang didendangkan oleh Maher Zain? Secara peribadinya, saya menggemari beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh beliau misalnya Hold My Hand, For The Rest Of My Life dan Insha Allah. Pada ruangan ini, saya akan berkongsi salah satu daripada koleksi beliau yang acapkali singgah di cuping telinga saya. Justeru, hayatilah senikata lagu di bawah :

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
(Ulang korus)
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...
(Ulang korus)

Berdasarkan lagu di atas, isu yang ingin saya ketengahkan ialah penggunaan bahasa Melayu dalam lagu. Umum mengetahui Maher Zain adalah seorang penyanyi yangari dan wajar untuk dimartabatkan penggunaannya dalam pelbagai bidang. Hal tersebut seterusnya menjadi mangkin kepada kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan luas!

No comments:

Post a Comment