Thursday, February 17, 2011

BaHasa tElevisyEN

Hampir setiap hari kita menonton televisyen dan jika kita peka dengan penggunaan dan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pembaca berita sangat banyak. Sedangkan banyak mata melihat dan banyak telinga mendengar.Pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini.


Tanpa tindakan pembetulan oleh pihak bertanggungjawab, pasti  akan merendahkan mutu penggunaan bahasa Melayu itu sendiri kerana media eletronik mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan, pemantapan dan penghayatan bahasa Melayu. Contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat. Nama pembesar berkenaan kerap kali disebut dengan panggilan hormat yang dan betul pada sebutan pertama, tetapi panggilan berikutnya hanya menggunakan nama peribadi beliau sahaja.

Dalam masyarakat Melayu, ini bukanlah amalan yang wajar atau berbudaya kerana sebagai tanda hormat nama peribadi mereka tidak patut disebut, tetapi digantikan dengan kata ganti nama yang sesuai dengan taraf atau kedudukan mereka dalam status sosial masyarakat. Amalan sekarang itu adalah pengaruh budaya asing yang harus dihentikan. Selain itu, penggunaan kata ganti 'kita orang', 'korang', dan 'diorang' yang merujuk kepada ganti nama 'kami', 'kalian' dan 'mereka', yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen televisyen berbayar juga harus dihentikan kerana boleh menjejaskan kualiti ,mencemarkan dan merendahkan bahasa Melayu, serta berlaku akibat pengaruh bahasa asing.


kesalahan bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar.
Walaubagaimanapun, amalan stesen televisyen dan radio kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berupaya menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment