Tuesday, March 15, 2011

OK dan BAIKLAH :-)

Assalamualaikum...

Hari ini, saya ingin mengupas tentang masalah penggunaan 'ok' dan 'baik'. Semasa kelas Karya Agung, kumpulan Rahimi yang dianggotai Ehsan, Hafiz dan Maisarah membentangkan tajuk 'Sejarah Melayu'. Penggunaan 'ok' sangat kerap digunakan oleh Rahimi. Walaupun telah ditegur berkali-kali oleh Prof Abdullah Hassan, dia tetap mengulangi kesilapan itu. Sebenarnya 'ok' adalah perkataan bahasa Inggeris iaitu okey. Penggunaan 'ok' memang kerap digunakan oleh ramai orang. Sebenarnya perkataan 'ok' perlu digantikan dengan 'baik'. Tetapi, hal ini jarang digunakan. Hal ini telah menjadi kezaliman penutur amatur yang tidak mengambil berat atas penggunaan perkataan bahasa Inggeris di dalam bahasa Melayu. Walaupun hanya masalah kecil tetapi mampu menjejaskan kemartabatan bahasa Melayu.

   Contoh ayat yang salah: ok, kita akan terus melakukan senaman ini walaupun Hashim tiada di sini.
   Contoh aya yang betul: baik, kita akan terus melakukan senaman ini walaupun Hashim tiada di sini.





KATAKAN TAK NAK PADA OK !!!!!

No comments:

Post a Comment