Friday, March 11, 2011

hebatnya orang Terengganu...

situasi >
Semasa saya pergi ke kedai berhampiran dengan rumah saya,tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dab bertanya kepada saya "tahu dok kat mane orang bekwoh?" saya terpinga-pinga dengan soalan yang diajukan. Saya tanya dia sekali lagi apa yang cuba dia tanya. rupa-rupanya 'bekwoh' itu adalah kenduri. saya pulang ke rumah dan bertanya kepada ibu saya mengapa orang memanggil kenduri dengan perkataan 'bekwoh'. ibu dengan reaksi muka yang agak melucukan ketawa terbahak-bahak. Saya lebih bertambah buntu dengan aksi ibu. ibu pun memberitahu sebenarnya 'bekwoh' itu berasal daripada perkataan 'big work' iaitu kerja besar yang membawa maksud seperti kenduri. Mungkin disebabkan masalah dialek dan penggunaan bahasa Inggeris yang tidak tepat menyebabkan perubahan fonetik dan sukar untuk difahami jika yang tidak pernah mendengarnya dan ini juga telah menjadi kebiasaan orang Terengganu.


                                                 > bekwoh  =  bigwork 
                                                 > roba       =  rubber
                                                 > lanrobar  = landrover

ulasan >
 Penggunaan bahasa Inggeris nampaknya telah lama diminati oleh orang kampung sebenarnya. Cuma yang jelas di sini masalah dialek yang mengganggu untuk menyebut dengan betul dan sebutan seperti itu telah menjadi kelaziman bagi orang Terengganu. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa tetapi bahasa Melayu perlulah dimartabatkan sebelum menGagungkan bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment