Monday, March 14, 2011

dIA jUGa MaNUSIA..

SITUASI >

Baru-baru ini saya bersama rakan mengadakan program di Pusat Baitul Iman yang menempatkan remaja yang bermasalah sperti kes khalwat, minum arak dan pecah rumah. Sebelum menjejakkan kaki ke situ, terdetik juga di dalam hati rasa takut. Maklumlah tempat budak-budak bermasalah. Tapi setelah mendekati beberapa orang pelatih ternyata perasaan takut itu bertukar menjadi simpati. Saya telah mendekati pelatih yang dipanggil Mat dalam kelangan rakan-rakannya. Dia terlibat dengan kes khalwat dan minum arak. Pada mulanya saya agak terkejut kerana usinya yang baru mencecah 18 tahun telah terjerumus ke kancah maksiat. Mat tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia boleh terjerumus ke lembah yang hina itu dan ternyata semuanya berpunca daripada  masalah kekeluargaan. Ibu dan bapanya langsung tidak mengambil berat ke atas dirinya dan dia merasakan seperti tidak wujud dalam keluarga itu. Hal ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan dengan perlahan terjerumus dengan kes jenayah. Selepas di tempatkan di situ banyak perubahan telah berlaku terhadap dirinya tetapi masyarakat masih tidak dapat menerima dirinya yang dianggap 'kotor'. Dia sering dihina dan dicaci oleh mesyarakat. Saya yang berada betul-betul di hadapannya terasa air mata ini seperti ingin menitis. Saya pelik mengapa masyakat tidak memahami keadaannya dan selalu menghukum seseorang tanpa menyelami masalah yang dihadapi.

ULASAN >

Sepatutnya masyakat memberi semangat dan dorongan supaya glongan seperti ini lebih tabah untuk menghadapi hidup dan sentiasa berbakti untuk mesyakat. Tetapi saya sungguh kesal kerana mereka memandang hina golongna seperti ini. Memang benar mereka pernah melakukan kesalahan tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh berubah. Masyarakat seharusnya memberi kata-kata nasihat dan tidak menghina mereka lebih-lebih lagi mereka yang benar-benar sudah insaf. kita sebagai rakyat Malaysia harus menanam sikap dan nilai positf supaya masyarakat kita lebih berjaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat lain. Tak semua yang hina itu dina dan tak semua yang baik itu sempurna. renung-renungkanlah....:-)


No comments:

Post a Comment