Wednesday, March 16, 2011

LipaN dan KaTAk..

Terdapat beberapa cerita lucu yang saya dengar daripada rakan-rakan saya. Antaranya ialah kisah seorang rakyat Kelantan yang tinggal bersama dengan orang bukan Kelantan. Yi berasal dari Kedah dan Pijo berasal dari Kelantan. Ketika dua orang sahabat sedang menonton televisyen, melintaslah seekor lipan di hadapan mereka. Pijo yang sangat takut terus terkejut dan menjerit-jerit. 

Yi :Lipan! Lipan! nun bawah kaki hang tu Pijo.

Pijo : Katok la!
Katokkkkkkk!

Yi : Apa pula katak? Kan lipan tu!

Pijo : La...mu ni! Katok la! Katokkkk!

Yi : Ha? Gila ke apa? Lipan la! Lipan la!

Pijo : Katok la!
Katokkkk!!!

Katok- Ketuk, pukul (dialek Kelantan)


Perbezaan dialek juga boleh menyebabkan kekeliruan dan berlakunya gangguan komunikasi. Lain yang di cakap, lain pula yang difaham. Lain yang di suruh, lain pula yang dibuatnya. Tetapi hal ini tidaklah menjadi masalah besar bagi yang sudah biasa mendengarnya. Sebenarnya sangat bagus jika kita mempelajari pelbagai dialek kerana kita akan mudah untuk bergaul dan menambah rakan tidak kira agama ataupun bangsa.

No comments:

Post a Comment