Monday, March 14, 2011

India + Cina = Melayu

<SITUASI > 

Seperti biasa selepas makan tengahari saya akan ke kedai berhampiran dengan rumah saya untuk membeli aiskrim kegemaran saya iaitu Cornetto....ehmmmmm....sangat lazat :-). Sampai sahaja di kedai, saya terdengar perbualan dua orang yang berbeza kaum iaitu seorang Cina dan seorang lagi India. Apa yang menarik perhatian saya ialah bahasa perantaraan yang digunakan adalah bahasa Melayu. Mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris walaupun sedikit. Terdiam saya seketika melihat gelagat mereka yang sangat petah berbahasa Melayu dan hubungan mereka yang sangat akrab.




<ULASAN >

Walaupun mereka bukan berbangsa Melayu tetapi mereka berkomunikasi di dalam bahasa kebangsaan dan ini menunujukkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan kaum Cina dan India juga sangat meluas tetapi saya juga ada sedikit kesal dengan masyarakat Melayu kini. Mereka sendiri meminggirkan bahasa ibunda mereka sebaliknya menagungkan bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi janganlah hingga merendahkan bahasa Melayu kerana bahasa mencerminkan bangsa. :-)

1 comment: