Wednesday, February 2, 2011

SatE...

Malam Sabtu lalu , saya pergi ke pasar malam di Tanjong Malim untuk berjalan-jalan selepas penat membuat beberapa tugasan. Saya berjalan seorang diri kerana rakan-rakan telah pergi pada waktu petang. Saya agak terkedu mendengar perbualan seorang anak dengan ibu.

Anak : Ibu, adik nak satay. Adik nak satay.

Ibu : Tak payah. Ibu dah beli makanan lain ni.

Anak : Nak satay, nak satay.

Ibu : Jangan suruh ibu beli satay itu. Khinzir tu.

Anak :Hmm, nak satay. Lagipun dah lama tak makan satay khinzir.

Kita sebagai insan yang berada di muka bumi ini seharusnya memberi sebab yang munasabah seandainya mahu menolak sesuatu perkara. Komunikasi yang baik sangat diperlukan walaupun bercakap dengan orang terdekat kerana kata-kata yang kasar boleh menyinggung perasaan orang. Janganlah menjadi seperti si ibu tersebut yang tidak memberi contoh modal insan baik dalam pertuturan. 

No comments:

Post a Comment