Saturday, February 12, 2011

UM utamakan bahasa Inggeris?????!!!

Saya ada terbaca satu artikel mengenai Universiti Malaya mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Ini bererti secara langsung menyampaikan isyarat jelas bahawa bahasa Melayu (BM) sudah dipinggirkan dalam hasrat Naib Canselor mahu melihat UM diiktiraf dunia.

Usah keterlaluan mengangkat bahasa Inggeris seperti bahasa Melayu itu hanya layak masuk tong sampah sahaja. Usah menggesa segala urusan di universiti termasuk bercakap sesama sendiri semuanya harus dalam bahasa Inggeris. Usah ada pemikiran mengalahkan orang Inggeris sendiri ! Hakikatnya, minda yang memuja bahasa Inggeris itulah mesti berubah terlebih dahulu. Alangkah bahaya jika menganggap ciri budaya orang asing itu begitu suci manakala ciri budaya dan bahasa sendiri dipandang keji. Jika begitu halnya, mana perginya terjemahan semangat 'Keluhuran Perlembagaan' yang terkandung dalam Rukun Negara?

Apa guna Perkara 152 dalam Perlembagaan jika UM sebagai mercu gading tersohor dan hebat meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tanah airnya sendiri? 


Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....!!!!!!

No comments:

Post a Comment