Thursday, February 10, 2011

WajiBkan PelAjAR AsiNG bElajaR bAhasa MelAyu

Saya tertarik dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang membuat kajian untuk mewajibkan subjek Bahasa Melayu kepada pelajar asing bagi membina hubungan yang lebih baik antara pelajar itu dengan masyarakat setempat. Hal ini kerana mereka akan mengambil Bahasa Melayu untuk tujuan komunikasi, supaya mereka faham apa yang orang cakap. Bila dia keluar, dia nak beli barang kat kedai, dia boleh cakap. Kita bukan wajibkan mereka ambil Bahasa Melayu ilmiah tetapi sekadar bahasa Melayu yang rendah.

Masyarakat negara juga perlu mengubah persepsi buruk mereka terhadap pelajar asing kerana sumbangan mereka terhadap pembangunan negara ini cukup banyak. Masyarakat negara ini sudah salah sangka apabila menyangka kebanyakan pelajar ini yang rata-rata datang dari Afrika serta Timur Tengah menyumbang kepada kadar jenayah sedangkan peratus mereka yang terbabit adalah sangat kecil. Masyarakat juga harus ingat semasa mula-mula merdeka, kerajaan terpaksa menghantar ramai anak watan belajar di luar negara dan bayangkan jika mereka ini dilayan dengan buruk sudah tentu Malaysia akan terus ketinggalan.


Kita sudah lalui pada masa itu dan sekarang ini untuk masa orang lain, keduanya kita harus faham bahawa mereka datang, mereka memberi sumbangan yang besar pada ekonomi negara. Kita perlu bangunkan persepsi yang kita menerima apa saja pelajar dari benua mana sekalipun, mereka datang sebagai satu pengiktirafan betapa kukuhnya dan kuatnya penyediaan ilmu yang kita dapat sediakan.

No comments:

Post a Comment