Kalau kain panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit......
SITUASI >
Rancangan raja lawak kini kian mecuit peminat-peminat cerita komedi. Mana tidaknya, boleh dikatakan ramai peserta raja lawak memang mempunyai bakat pelawak yang dianugerahkan oleh yang Maha Pencipta. Saya boleh dikategorikan sebagai peminat raja lawak juga dan saya ada meminati seorang peserta yang bernama Nazmi. Lawak-lawak yang dibawa agak bijak dan kreatif tetapi ada juga yang negatif. dia pernah menyebut satu peribahasa Melayu iaitu "kalau kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit"...Memang tak dapat dinafikan dia hanyalah melawak tetapi ini boleh mendatangkan kesan negatif kerana peribahasa yang digunakan itu tidak betul.
ULASAN >
Penggunaan peribahasa yang digunakan oleh Nazmi tidak betul dan boleh membawa kesan negatif kepada pendengar. Walaupun itu hanyalah satu bahan lawak tetapi bagi pencinta bahasa, itu merupakan satu sindiran. Peribahasa yang betul adalah 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga' yang membawa maksud jika pengetahuan hanya sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.
No comments:
Post a Comment