Saturday, February 12, 2011

SITUASI 2 : Perasaan curang....!!!

pErAsAan CuRanG ???

situasi >

"cuba kamu sebut perasaan-perasaan yang pernah kamu alami semasa kamu sedang bercinta"tanya Dr Siti Saniah kepada pelajar kelas sosiolinguistik. Pelbagai jawapan yang diberikan seperti gembira, sedih, marah, kecewa dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan semua pelajar pernah bercinta. maklum sajalah jiwa remaja memang suka menyintai dan dicintai. tiba-tiba satu perkataan yang dianggap sedikit aneh keluar daripada salah seorang mulut pelajar. 'curang'....itulah perkataan yang keluar daripada mulut Rasyid. Dengan yakin dan lantangnya dia bersuara. Mungkin dia tak sedar kesilapannya.



ulasan >

Kesilapan yang berlaku disini adalah perkataan 'curang'. Rasyid mungkin tidak sedar kesilapan yang dilakukan ataupun mungkin dia tidak mendengar soalan yang diajukan oleh Dr Siti Saniah dengan jelas yang meminta pelajar menyatakan perasaan semasa becinta. 'Curang' bukan menunjukkan perasaan seseorang tetapi curang adalah perbuatan ataupun kata kerja. Hanya kata adjektif sahaja yang boleh melibatkan perasaan seperti perasaan marah, sayang rindu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment