Monday, January 24, 2011

SITUASI 1 : Bahasa Cerminan Bangsa..

HARI : ISNIN
TARIKH : 17 JANUARI 2011
LOKASI : RESTORAN NASI KANDAR CAHAYA


SITUASI : >

 Jam menunjukkan tepat pukul 2.34 pagi. aku bersama tiga rakan menuju ke kadai 'mamak' untuk mengisi perut yang berkeroncong seperti lagu 'seroja'yang didendangkan Jamal Abdillah. setibanya di restoran, kami terus memanggil salah seorang pekerja. salah seorang kawan saya memanggil dengan panggilan yang saya rasa agak kasar. " wei macha , tak mau ambik order lagi ke? dan " dahlah memori low, ambiklah kertas tulis". saya rasa lebih kurang macam begitulah kata-kata yang dikeluarkan salah seorang kawan saya. kita sendiri tahu, mamak kedai makan memang tak akan melawan apa yang kita cakap sebaliknya akan mengangguk sahaja seperti dia tahu semua yang kita cakap. sebab itulah ramai yang sering berkunjung ke kedai mamak kerana layanannya perfect.




ULASAN : >

Disini jelas menunujukkan sikap dan budi bahasa sangat dipandang enteng. Walaupun bukan daripada kaum yang sama tetapi kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup sebagai masyarakat majmuk tidak kira berbangsa Melayu, Cina, India ataupun apa sahaja bangsa kita seharusnya menjaga adap kesopanan dan tutur bahasa kita. Hal ini demikian kerana jika kita hidup dalam penuh adat kesopanan masyarakat kita akan dipandang tinggi dan sesuai dengan adat ketimuran yang kita warisi. Tidak kira dengan sesiapapun kita berkomunikasi, kita perlu bertutur dengan baik dan lemah lembut kerana bahasa cerminan bangsa dan jangan disebabkan mulut nanti badan binasa.

3 comments:

  1. 'perfect' lebih elok digantikan dengan 'sempurna' atau 'terbaik'

    ReplyDelete
  2. amat setuju dengan ehsan jangan campurkan bahasa Melayu sama seperti rojak campur.....kalau rojak tidak mengapa sedap tapi jika bahasa yang kita sanjung, tidak elok rasanya.... Y_Y

    ReplyDelete
  3. baik cikgu2x......kesilapan akan diperbatulkan :-)

    ReplyDelete